Thursday, March 31, 2011

Doaku Untuk Mu

apabila kita ingin bersahabat
janganlah kerana kelebihannya
kerana mungkin dengan satu kelemahan kita akn mnjauhinya

andai kita ingin berteman
janganlah kerana kebaikannya
kerana mungkin dengan satu keburukan kita akn mmbencinya

andai kita inginkan seorang teman
janganlah kerana sifat cerianya
kerana andai dia tidak dapat menceriakan kita akn menyalahkannya

andai kita ingin sahabat yang satu
janganlah kerana ilmunya
kerana apabila dia buntu kita mungkin akan memfitnahnya

andai kita ingin bersahabat terimalah dia seadanya
kerana dia seorang sahabat yang hanya manusia biasa
janganlah diharapkan terlalu sempurna
kerana kita sendiri pun tidak tahu apakah diri kita sudah cukup sempurna
mengikut kehendak Allah SWT sebenar-benarnya


Ya Allah 

 Panjangkanlah umur sahabatku. Kurniakanlah kesihatan yang baik padanya,
 terangi hatinya dengan nur pancaran iman. Tetapkanlah hatinya,  perluaskanlah rezekinya, dekatkanlah hatinya kepada kebaikan,
 jauhkanlah hatinya pada kejahatan, tunaikanlah hajatnya baik hajat dalam agama,dunia dan akhirat
 .....

Ya Muhaimin
  Jika dia jatuh hati izinkanlah dia menyentuh hati seseorang yang hatinya
 tertaut pada-Mu agar tidak terjatuh dia dalam jurang cinta nafsu ....
Jagalah hatinya agar tidak berpaling daripada 
melabuhkan hatinya pada hati-Mu.
Jika dia rindu, rindukanlah dia pada seseorang
 yang merindui syahid di jalan-Mu.

Ya Allah
  Jangan biarkan sahabatku tertatih dan terjatuh 
dalam perjalanan panjang
 menyeru manusia kejalan-Mu.. jika kau
 halalkan aku merindui sahabatku,
 janganlah aku melampaui batas sehingga melupakan 
daku pada cinta hakiki,
 rindu abadi dan kasih sejati hanya untuk-Mu.

Ya Allah

 kurniakanlah sahabatku kesenangan, ketenangan,
 kecemerlangan
 dan hidayah dari-Mu dalam menempuh cabaran
 serta liku-liku hidup di dunia dan akhirat.



No comments:

Post a Comment