Tuesday, October 30, 2012

liku-liku pencarian tempat praktikal

sekarang aku dah masuk semester 5 so di pendekkan cerita next sem aku praktikal insyaALLAH...dulu masa mula2 masuk degree xsabar nak praktikal sebab excited nak masuk alam bekerja...tapi sekarang aku dah mula risau n serabut sebab xtahu nak apply praktikal kat mana...nak cari tempat pun dah problem aig0o 0__0 nie belum mula lagi...dugaan2...cuti mid sem nie aku email ngan pos resume jer...fuhh rupanya bukan senang nak senang kann....

dah 2 kali prudential bagi mesaj suruh datang interview...aku xreply n buat2 xtahu...okayy bukan nak memilih tapi pakcik tue cam suruh kami (aku, ajiem n oya) jadi agent insurance erk!! what to do?? xmaw la pakcik plishhh kami xtahu pasal insurance ini sume...pakcik tue tanyer 'korang suke pegi luar negara x?'
(-_-') pakcik ad ke manusia dalam dunia nie yg xsuke p sana hmmm xpaham2...macam2 pakcik tue story mory nak tarik minat ktorg time kami nak hantar resume hari tue end up ktorg still buat muka xd perasaan...so pakcik tue panggil PA dia plak terang kan scope kerja yang ktorg BAKAL buat nanti...akak tue a.k.a PA pakcik tue student praktikal dari kampus aku jugak tapi dia budak account...cite punya cite akak tue leh cakap 'korg klau nak pilih tempat praktikal xyah la kat cnie, akak pun last choice sebab akak dah xsempat nak cari tempat' bila akak tue cakap lagu tue ktorg nie lagi la xmaw kann so dengan senang hati ktorg pum drop je resume senyum2 salam2 n mintak diri =)

buat masa nie agak banyak tempat la aku cari...aku hantar resume by email ada yang hantar by hand n tidak lupa kepada abg posman yang tolong mengepos kan resume2 aku...tq abg posman!!! buat masa nie yg bg feedback xd lagi so sangat la berdebar2 takut xsama tempat ngan oya my classmate...klu la aku d takdirkan dapat tempat praktikal yg xsama ngan dorg...habislah....sekarang nie aku hanya boleh campak kan resume dekat mana2 tempat yang memerlukan student praktikal dengan harapan adalah satu dua yang sangkut...moga2





p/s: semoga dipermudahkan segala urusan...aminn


Monday, October 15, 2012

Bersulam...Berlitup...

sahabatku, sesungguhnya kejadianmu terlalu indah tercipta dari tulang rusuk Adam yang bengkak untuk dilindungi dan disayangi bukannya dicipta dari kepala untuk disanjung dan dipuja, bukan pula diciptakan dari kaki untuk dipijak dan dijadikan hamba sahaya...

Lantaran dari keindahan ciptaan mu itu, kau umpama sekuntum bunga yang mana harum aromanya bisa menarik perhatian sang kumbang untuk mendekatimu. Namun....tidak semua bunga senang untuk didekati. Renungkanlah pada keindahan bunga mawar yang unggul terjaga berpagaran duri sebagai bentengnya. Dari kejauhan keharumannya menguasai perasaan serta kilauan warnanya yang memancar indah...

Namun kerana pagaran duri yang berbisa itu mengundang kekaguman kepada sang kumbang tentang keindahan yang terjaga sehinggakan sang kumbang berfikir beberapa kali untuk mendekatinya. Akuilah hakikat kejadian dirimu yang menjadi pelemah iman lelakI. Andainya pakaian malu kau tinggalkan dari tubuhmu dan perbatasan aurat kau pandang sebarangan, jadilah dirimu seperti mawar yang indah tapi sayangnya tidak berduri...Sesungguhnya utusan Allah ada mangatakan tentang bahaya dirimu. "tidak ada fitnah yang lebih besar dan lebih bermaharajalela selepas wafatku terhadap kaum lelaki selain fitnah yang berpunca dari kaum wanita " Adakah kau mahu menjadi penyebab kepada terhumbannya lelaki ke neraka?? Ingatlah diri wanita solehah itu ialah ia tidak melihat lelaki dan lelaki tidak melihatnya kecuali atas urusan yang diizinkan.Sesuatu yang tertutup itu lebih indah dan berharga jika dibandingkan dengan sesuatu yang terdedah.

Alangkah baiknya jika kau memelihara keindahan dirimu sebagai hadiah yang kudus dan suci, mahal dan berharga buat kumbang terpilih yang telah dijanjikan Allah buatmu. Indahnya hidup ini andai melayarinya dengan bernaungkan keredhaan Allah...Bertunjang ilmu sebagai bekalan...bersulam akhlak penuh menawan. Sesungguhnya wanita solehah menjadi impian setiap insan bernama Adam...


"WANITA YANG BERIMAN ITU ADALAH UNTUK LELAKI YANG BERIMAN" 




p/s : semoaga saya mampu menjadi ma'mum yang solehah kepada bakal imam saya  =' )










Saturday, October 13, 2012

aku terima nikahnya


kita dah tengok cite nie taw korg
simple but nice
yg paling penting nora danish comel gle
heeee
and adi putra for sure superb macho 




p/s : dengan lafaz "aku terima nikahnya" kau milikku  ♥